Kenapa Mustapa beriya-iya menafikan?
December 31st, 2009 by TrucksterDatuk Mustafa Muhammad seakan bukan anak Kelantan. Sejak hari pertama tuntutan minyak berbangkit, jalur yang diambil oleh beliau ialah cuba menidakkannya. Belum pun jelas duduk perkara, beliau antara yang pertama membuat kenyataan: di peraiaran Kelantan, petroleum tidak ada. Tak lama, beralih kepada bertindeh dengan orang lain. Kemudian, hanya layak wang ehsan. Sekarang, seperti dilaporkan oleh [...]
Royalti Minyak: Fakta jarak & perjanjian
December 30th, 2009 by TrucksterKita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan. Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand – Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu [...]
Nik Aziz setuju langkah MB Terengganu saman Petronas
December 28th, 2009 by TrucksterKOTA BHARU, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seratus peratus tindakan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tetap bertegas meneruskan saman terhadap Petronas berhubung pembayaran royalti minyak kepada Terenngganu. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kelantan mungkin akan meniru cara yang [...]
GEGAR: 5 asas kukuh kenapa Pusat wajib bayar
December 27th, 2009 by TrucksterGerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menunaikan janji dan tanggungjawab untuk membayar royalti petroleum kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah pada sidang media yang diadakan di sini, [...]
Royalti: Kelantan berhak dapat pembayaran tunai
December 23rd, 2009 by TrucksterKOTA BHARU, 23 Dis: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kerajaan pusat perlu membuat pembayaran tunai kepada mana-mana negeri pengeluar petroleum seperti dipersetujui sewaktu pembentukan akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 (Akta PDA). Dalam satu kenyataan beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan memberitahu, perundingan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan Negeri [...]
Ku Li sedia beri penjelasan isu royalti
December 20th, 2009 by TrucksterAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan. Beliau berkata penjelasan tersebut akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 NGO di Kota Bharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu. “Buat [...]
Baju MERAH Kempen Royalti
December 19th, 2009 by TrucksterAtas usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh rakyat kelantan dalam menuntut hak mereka, kami terpanggil untuk mencetak baju ini dalam menyemarakkan lagi kempen menuntut royalti. asalnya baju ini dicetak untuk kegunaan peribadi sahaja. namun, memikirkan mesej ini perlu disampaikan dengan jelas, kami kongsi baju ini bersama. ini bukan baju “rasmi” yang dikeluarkan oleh mana-mana pertubuhan/NGO yang berkaitan. tapi ini adalah baju untuk semua.
WARNA & SAIZ BAJU?
semua size (S, M, L, XL, XXL) baju ada.
cuma dicetak atas baju warna MERAH sahaja.
HARGA BAJU?
harga baju rm20 sehelai.
Maklumat lanjut: Kedai Hitam Putih

Hanya royalti dalam Akta Petroleum, bukan wang ihsan- Salahuddin
December 19th, 2009 by TrucksterTUMPAT, 17 Dis: Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut. Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu. Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, [...]




