Perbicaraan Tuntutan ROYALTI Kelantan – 16 Mei 2013, Putrajaya

May 15th, 2013 by Truckster Inc

DOAKAN KELANTAN MENANAG PERBICARAAN KES TUNTUTAN ROYALTI ESOK KHAMIS 16 MEI 2013 DI ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA, 9.00 PAGI.

* Sama-sama kita doakan Kelantan menang kes perbicaraan esok dimana 2 perkara akan diputuskan iaitu;

1. KELANTAN BERHAK PANGGIL SAKSI @ TIDAK.

cth spt Kuli, Tun Salleh Abas, Nik Saghir, Hassan Merican dll – Jika Menang InsyaAllah peluang utk kita dpt Royalti CERAH

2. KELANTAN BERHAK DAPAT DOKUMEN DR PETRONAS@ TIDAK – InsyaAllah jika menang, peluang untuk kita dptkan FAKTA2 & BUKTI2 lebih tepat membolehkan kita menang adalah CERAH

InsyaAllah jika kita MENANG, peluang utk rakyat Kelantan adalah CERAH, tidak perlu menunggu sampai PRU14 atau bertukar kerajaan, tahun ini jika Keputusan Mahkamah MENANG KITA, kita sudah dpt ROYALTI RM12 BILLION atau lebih.

Mohon sama2 DOAKAN dan SHAREkan, agar Allah bukakan pintu hati Hakim2 yg ingin membuat keputusan esok berpihak kpd Rakyat Kelantan. Amin

* Moga Allah membalas dgn ganjaran setimpal.

MAHKAMAH PUTRAJAYA

Program Ramah Mesra R Dengan YAB Menteri Besar Kelantan.

May 13th, 2013 by admin

Program Ramah Mesra R Dengan YAB Menteri Besar Kelantan.

Tarikh: 11 Mei 2013 – Sabtu – 3 petang

Lokasi: Chalet, Pantai Sri 7, Tumpat.

Video:

aktivis_royalti_kelantan_mat_yaakob (2)

aktivis_royalti_kelantan_mat_yaakob (3) aktivis_royalti_kelantan_mat_yaakob (4)

MB KELANTAN UCAP TAHNIAH PADA DATO HUSAM MUSA & BERI SOKONGAN PADU PADA R

R mengadakan program sulung selepas PRU13 pada ahad lalu, iaitu program Ramah Mesra R dengan YAB Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Hj Ahmad Yaakob dan Exco Kelantan, YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi di Pantai Sri 7 bagi mengeratkan hubungan aktivis-aktivis R (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan) dengan kempimpinan Kerajaan Negeri yang baru.

Pada majlis tersebut YAB Hj Dato Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan mengucapkan penghargaan kepada R kerana melenyapkan gelombang merah dengan ayat beliau;

“Saya melihat R sebagai satu NGO yang benar-benar berkesan sejak mula-mula tubuhnya lagi. Saya bersama Saudara Nazri mengucapkan penghargaan kerana dapat melenyapkan gelombang merah yang pertama yang telah dicetuskan oleh Anuar Musa”

YAB Dato Hj Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada YB Dato Husam Musa kerana mengambil inisiatif ke arah penubuhan R sehingga berjaya mendapat sokongan pada serbegitu rupa daripada rakyat Kelantan;

“Dengan kerjasama sahabat saya yang menjadi pemimpin atau yang memimpin R secara tidak langsung Dato Husam Musa pada waktu itu, saya mengucapkan tahniah diatas kerja kuatnya sehingga R dapat dilindungi dan disokong bergitu rupa dan kita berjaya harini melihat kesannya sebergitu baik, khususnya pada memberi ruang kepada kebangkitan Islam yang kita kira perjuangan utama kita.”

Dato Hj Ahmad juga menyatakan bahawa beliau dan saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyokong penuh usaha yang dibuat oleh R;

“Kita yakin dengan usaha dan desakan daripada R ini membuka mata ramai pihak terutama mereka-mereka yang nak kepada keadilan, nak kepada kesaksamaan bahawasanya tiada lagi rakyat Kelantan dianiayai… Dan InsyaAllah saya bersama-sama saf pimpinan yang ada, InsyaAllah kita berikhtiar sedaya boleh menyokong penuh usaha yang dibuat R ini sehingga kita berjaya mendapat Royalti Minyak.”

Presiden R, Nazri Deraman pula telah menyatakan

“R akan bersama dengan kepimpinan YAB DAto Hj Ahmad Yaakob dan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menuntut hak Royalti negeri daripada Kerajaan Persekutuan, perjuangan kami tidak hanya terhenti di Pilihanraya sahaja”

“Sebagai langkah susulan pasca PRU13, R juga akan menubuhkan R INTERNATIONAL, bagi mengerakan gerakan R ke seluruh negara-negara Pengeluar Petroleum dan yang membuat kerjasama dengan PETRONAS, ia bagi mengadakan pertemuan-pertemuan dengan syarikat yang mengadakan kerjasama dengan PETRONAS untuk mengkaji semula kontrak yang dibuat. Memandangkan kontrak dan perjanjian dengan Kelantan pun PETRONAS tidak tepati”

” R juga akan mengajak pelbagai kaum di Kelantan dan Malaysia untuk menyertai R MALAYSIA, bagi mengerakkan sokongan padu rakyat terhadap perjuangan ROYALTI bagi 5 buah negeri-negeri pengeluar Petroleum seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak”

” R akan melebarkan fokus perjuangan dengan menyetuh isu-isu semasa berkaitan kepentingan rakyat bagi memastikan R terus dekat dihati rakyat Kelantan dan Malaysia”

Program selama 2 hari ini bermula pada 10 – 11 Mei 2013, Jumaat dan Sabtu dihadiri lebih 213 orang Ahli Jawatankuasa R seluruh Kelantan bagi membincangkan postmortem jentera kempen R PRU13, sambutan hari keluarga R, dan perancangan R pasca PRU13. Ia bagi memperkemaskan lagi halatuju dan perjuangan NGO R pada masa depan. R juga mendapat maklum ini adalah program rasmi pertama Menteri Besar Kelantan bersama dengan NGO-NGO di Kelantan.

Sekian terima kasih

Mohd Hisyamuddin Ghazali

Pengarah Program

Merangkap Setiausaha R

Lampiran:

Sidang Media: FLASHMOB 2.0, Menyambut Najib & Kesal Tindakan Samseng Cuba Melanggar Aktivis R

May 2nd, 2013 by admin

flashmob2

Foto:Flashmob Tuntut Royalti

samsengumno

Foto: Kereta proton perdana yang memasang bendera Barisan Nasional (BN) yang cuba merempuh aktivis R, Hj. Abu Samah,55 thn.

Video:-

 

Facebook Video :( Klik di sebelah) :-> https://www.facebook.com/photo.php?v=10151562622258996

R menganjurkan aktiviti Flashmob KB (Kota Bharu) kali pertama di Kelantan. dan bersama2 dari rakan Ngo seluruh Negara buat di Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh, Johor, Sabah, Melaka, Selangor, Perak.

Flashmob adalah kempen bisu dan hanya mengangkat plycard bertulis sebagai tanda protes terhadap isu isu penafian hak Royalti, Manifesto Pr vs Bn yg mana lebih utamakan rakyat, Isu Pendidikan Percuma, Isu Permindahan Guru. Undi PR dapat Royalti pd 6 Mei dll

Program ini bermula dari seawal jam 10pagi yang disertai lebih 104 org aktivis ( 2 shif – pagi 44 dan petang 60) di Pasaraya Mydin, Simpang 4 Kubang Kerian, Simpang 4 Pasaraya Bilal, Bulatan Kg China dan Simpang 4 Kb Mall.Kota Bharu.

Rata rata peserta  adalah anak anak muda Melayu dan Cina, Mahasiswa, warga emas, pekerja swasta dan ahli ahli ngo.

Dalam keadaan program aman yg kami lakukan, terdapat satu peristiawa yg mengecewakan dimana gelagat sebuah kerena parti Umno bertindak agresif dgn kereta perdana bertindak ingin melanggar Naib Presiden R, Hj Abdul Samah Hassan, 55 tahun. Kereta yang bernombor WHK 7176 yang sempat dirakam.

Susulan kejadian itu, pihak R amat kesal dengan pengikut fanatik parti tersebut dan akan membuat laporan polis esok hari (Khamis) di IPD Kota Bharu dan kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah kepada individu terbabit.

R juga akan mengadakan satu lagi siri Flashmob KB 2.0 di Simpang 4 Tesco pada esok hari (Khamis, 2/5/2013) pada jam 3ptg. Ia sempena kehadiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ke Kelantan esok. Semua rakyat dijemput hadir.

Kami tuntut PM berikan royalti pd Kelantan seperti beliau boleh beri pada Pahang, walaupun minyak akan keluar tahun hadapan 2014, tapi beliau sudah melangkaui kuasa Jk Bayaran Tunai dengan mengumumkan Pahak Layak Terima Bayaran Tunai @ Royalti RM100 juta setahun bermula pada tahun 2014.

Terima kasih

Khairul Nizam Abdul Ghani
Pengarah Flashmob R; Kb 1.0

2 Mei 2013

Kenyataan Media: Flashmob 2.0 & Tindakan Samseng BN Hampir Membunuh Aktivis R.

May 1st, 2013 by admin

Kenyataan Media: Flashmob 2.0 & Tindakan Samseng BN Hampir Membunuh Aktivis R.

Pihak ROYALTI telah berjaya menganjurkan aktiviti Flashmob KB (Kota Bharu) kali pertama di Kelantan.Bersama-sama rakan NGO seluruh Negara yang juga dijalankan di Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh, Johor, Sabah, Melaka, Selangor, Perak.

Flashmob adalah kempen bisu dan hanya mengangkat plycard bertulis sebagai tanda protes terhadap isu-isu seperti penafian hak Royalti, Manifesto PR vs BN yg mana lebih utamakan rakyat, Isu Pendidikan Percuma, Isu Permindahan Guru. Undi PR dapat Royalti pd 6 Mei dll

Program ini bermula dari seawal jam 10pagi yang disertai lebih 104 org aktivis ( 2 shif – pagi 44 dan petang 60) di Pasaraya Mydin, Simpang 4 Kubang Kerian, Simpang 4 Pasaraya Bilal, Bulatan Kg China dan Simpang 4 Kb Mall.

Rata rata adalah anak anak muda Melayu dan Cina, Mahasiswa, warga emas, pekerja swasta dan ahli ahli ngo.

Dalam keadaan aman, terdapat satu peristiawa yang amat mengejutkan di mana sebuah kereta Penyokong yang kami kira penyokong BN (kerana terdapat bendera BN) bertindak agresif dengan bertindak ingin melanggar Naib Presiden R, Hj Abdul Samah Hassan, 55 tahun. Kereta yang bernombor pendaftaran WHK 7176 yang sempat dirakam.

Susulan kejadian itu, pihak R amat kesal dengan pengikut fanatik parti tersebut dan akan membuat laporan polis esok hari (Khamis) di IPD Kota Bharu dan kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah kepada individu terbabit.

R juga akan mengadakan satu lagi siri Flashmob KB 2.0 di Simpang 4 Tesco pada esok hari (Khamis, 2/5/2013) pada jam 3ptg. Ia sempena kehadiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ke Kelantan esok. Semua rakyat dijemput hadir.

Terima kasih

Khairul Nizam Abdul Ghani
Pengarah Flashmob R; Kb 1.0

Video:

Pendedahan: Pengeluaran Terbaru di Medan Gas Kelantan.

April 30th, 2013 by admin

PENDEDAHAN PROJEK PENGELUARAN TERBARU DI MEDAN GAS KELANTAN.

Oleh: Hasani Mohamed

Disebalik kebangkitan besar rakyat Kelantan menuntut hak Royalti dan Pendaratan Petroleum, nun di tengah laut Perairan Negeri mereka kerja-kerja awal Eksplorasi dan Pengeluaran baru untuk mengeluarkan gas di Medan PM301, PM302 dan PM325 sedang giat dijalankan. Lebih menyedihkan Projek Pembangunan Bersepadu bernilai RM16 Bilion untuk jangkamasa 5 tahun bermula 2013 di Medan Gas yang hanya berjarak 150km dari Pantai Kelantan akan didaratkan di Kerteh Terengganu.

Pada Jun 2012 PETRONAS telah memeterai perjanjian Kontrak Pembangunan Bersama melalui anak syarikatnya PETRONAS Carigali Sdn Bhd & Hess Exploration untuk Projek Pembangunan Gas Bersepadu di Lembangan North Malay di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Tender Pembangunan dianugerahkan melalui Kontrak Pengeluaran Bersama (Production Sharing Contract – PSC) untuk Blok PM302 yang 100% berada di perairan Kelantan. Perjanjian PSC adalah permbahagian 50:50 antara PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Hess Exploration & Production BV. Mengikut Laporan AM Securities (Sebuah entiti AMBank Bhd) dianggarkan US$5.2 bilion (Rm16 bilion) akan dilaburkan PETRONAS di Medan North Malay Basin melalui beberapa fasa pembangunan dalam jangkamasa 5 tahun.

MEDAN

Maklumat kami mendedahkan Hess Exploration telah memulakan tender pertama daripada tiga kontrak bagi kerja-kerja fasa pembangunan di sembilan medan gas & kondesat di Lembangan North Malay. Enam medan adalah 100% di perairan Kelantan(berjarak 140km dari pantai) iaitu di Blok PM 301 – Gajah, Melati, Kamelia, Zetung, Anggerik dan Kesumba. Dua medan Bunga Dahlia & Teratai di blok PM 302 yang juga milik Kelantan. Manakala medan Bergading di Blok PM 325, adalah di Blok pertindihan Kelantan – Terengganu.

Antara pemain utama yang mengambil bahagian adalah Syarikat SapuraKechana Petroleum, Bumi Armada, MMC Oil & Gas, MMHE dan Alam Maritim.

PEMBANGUNAN MEDAN GAS BERSEPADU.

Projek akan menyaksikan pembangunan dan mengkormesial sembilan Medan Gas bersama-sama pembangunan Pusat Pengumpulan Gas, Pemprosesan dan Hub Pemindahan. Ianya merangkumi pembinaan 300km paip gas tengah laut yang akan didaratkan ke Kerteh Terengganu. Paip gas menggunakan teknologi sistem pengasingan gas asid (acid gas removal) dengan teknologi membrane yang pertama kali digunakan oleh PETRONAS.

Maklumat kami juga mendedahkan projek akan dijalankan melalui dua fasa, pertama melalui Sistem Pengeluaran Awal (Early Production System (EPS)) dan diikuti Pembangunan di Keseluruhan Medan Gas (Full Field Development (FFD)). Dijangka pengeluaran awal fasa EPS adalah pada suku pertama 2013 sebanyak 100 mmscfd (million metric standard cubic feet per day).

*100mmscfd adalah bersamaan 100 juta kaki padu gas sehari.

Manakala bagi fasa FFD pula gas akan dikeluarkan pada kadar sekitar 300 juta kaki padu gas sehari menjelang 2015. Keseluruhan kawasan ini anggaran simpanan gas adalah sebanyak 1.7 trilion kaki padu.

PERANAN SAPURA KENCHANA DI PM301.

Sebelum ini, SapuraKenchana telah dianugerahkan projek awal bernilai Rm836 juta untuk memulakan kerja-kerja awal pengeluaran gas di Medan Bunga Kamelia.

Maklumat kami mendedahkan Platform Telaga Gas (Wellhead Platform) untuk Projek Pembangunan Gas Bersepadu ini sedang giat dibina di Pengkalan Industri SapuraKenchana di Lumut Perak. Sebuah Kapal FPSO (Floating, Production, Storage and Offloading ) untuk kerja pengeluaran awal sedang disiapkan di tempat yang sama.

Pada November lepas SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada Bursa Saham – Pertama mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Pemakluman kedua yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration.

Seperti yang diketahui umum Syarikat SapuraKechana milik bersama anak Tun Mahathir iaitu Datuk Mokhzani, beliau bertindak sebagai Naib Pengerusi SapuraKencana, setelah penggabungan Syarikat Kenchana Petroleum miliknya dan Sapura Crest membentuk entiti antara yang terbesar di rantau ini. Ini membangkitkan persoalan umum kerana Tun Mahathir adalah Penasihat kepada PETRONAS.

Pada November lepas Negara dikejutkan dengan jawapan Tun Mahathir ketika ditanya portal Malaysiakini mengenai hal ini, iaitu:
“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

Kami meragui bagaimana PETRONAS menganugerahkan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat secara langsung. Beliau seolah-olah amat berkuasa dan menjawab persoalan mengenai soal ”kebertanggungjawaban” dengan angkuh.

HAK PENDARATAN TERUS DINAFIKAN.

Kali kedua Kelantan terus dinafikan Hak Pendaratan setelah pendaratan gas dari Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand(MTJDA).  Platform bersepadu telah beroperasi di Medan Telaga Cakerawala bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 230 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Kerteh.
Dengan Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan gas didaratkan ke Songkla yang jaraknya 230km dari JDA (berbeza jarak 110km dari Kelantan).

Dengan projek terbaru di Blok PM301, PM302 dan PM325 hak Kelantan terus dinafikan walaupun telah disediakan seluas 4000 ekar tanah di Bachok untuk pembangunan Kompleks Industri Petroleum. Perlu diingati bahawa projek pembangunan bersepadu ini melibatkan pembinaan insfrastruktur baru (melibatkan kos RM16 bilion dalam tempoh 5 tahun), bukan insfrastruktur yang sedia ada di Kerteh.

 

JARAK

Kami menjunjung Titah KDYMM Sultan Muhammad ke-V pada Sidang Ke-12 Dewan Undangan negeri Kelantan yang bertitah supaya mendaratkan Gas dari PM301 ke Kelantan kerana Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak sejak 1990-an lagi.

Kami ingin menyatakan kepada rakyat Kelantan bahawa mereka masih mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, dengan menggunakan kuasa UNDI pada Pilihanraya Umum 13 pada 5 Mei nanti, menumbangkan Kerajaan yang menafikan hak Kelantan untuk mendaratkan gas ke Kelantan. Insyallah seperti yang telah dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat, Hak Royalti & Pendaratan Gas akan direalisasikan. Gunakan kuasa UNDI dan maklumkan segala maklumat kepada ahli keluarga, jiran, sahabat-handai dan seluruh kenalan.

Pantai Timur Semenanjung akan dibangunkan sebagai Hub Pengeluaran dan Industri Petroleum antara yang terbesar di rantau Asia. Dengan impak ekonomi serta peluang pekerjaan daripada Industri akan mensejahterakan keseluruhan rakyat, segala pembangunan serta kemudahan dapat menyaingi Pantai Barat Semenanjung.

 

“UNDI UNTUK ROYALTI & PENDARATAN PETROLEUM”

 

——————————————————–

Hasani Mohamed, seorang Jurutera Muda yang komited meletakkan PERUBAHAN terhadap negaranya, Seorang Aktivis ROYALTI – sebuah Gerakan NGO Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan.

Sukarelawan Edar Bahan Kempen R Diperlukan

April 29th, 2013 by admin

SUKARELAWAN DIPERLUKAN

Rakan2, pada tarikh 3 & 4 Mei 2013 ni kita lancar KIOS BAHAN KEMPEN di semua Pintu masuk Negeri Kelantan, lokasinya adalah:

i. Gua Musang
ii. Jeli
iii. Pasir Puteh
iv. Pengkalan Chepa – Airport
v. Wakaf Bharu – Keretapi

* Siapa-siapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan R bagi mengagihkan bahan2 kempen boleh bgtau awal2 ya. Sila DAFTAR dgn Kak Pujaa Fuzaimah: 0111-9795742

SMS Nama, Ic, No Telefon dan LOKASI yg ingin bertugas. Terima Kasih

 

“UNDI UNTUK ROYALTI & PENDARATAN PETROLEUM”

544943_442422325851085_724612700_n

R nafi guna tandatangan palsu Sultan Kelantan

April 25th, 2013 by admin

(Abdul Shakur menunjukkan salinan plak dan gambar Tuanku Sultan Kelantan menandatangani plak)

 

PASIR PUTEH: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) menafikan dakwaan sebuah NGO kononnya mereka menggunakan tandatangan palsu Sultan Kelantan.

Timbalan Presiden, Abdul Shakur Sharie berkata, plak tuntutan pendaratan gas di Kelantan yang mengandungi tandatangan tuanku ditandatangani sendiri baginda pada 5 Jun 2012.

Oleh itu beliau menafikan dakwaan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia kononnya kenderaan milik R memaparkan tandatangan palsu.

“Kami menjunjung titah tuanku supaya gas dapat didaratkan di negeri ini sebagaimana dititah baginda ketika perasmian pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun lepas.

“Sebagai rakyat kami menjunjung titah baginda bagi memastikan hak rakyat Kelantan mendapat royalti dan pendaratan gas menjadi kenyataan,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia, Tengku Syarifah Fadzillah Puteri membuat laporan polis terhadap pemilik kenderaan yang memaparkan tandatangan palsu Sultan Kelantan.

Abdul Shakur berkata, kenderaan yang dimaksudkan NGO terbabit adalah miliknya dan tandatangan Sultan Kelantan bukan palsu seperti didakwa NGO terbabit.

Malah katanya, petang ini beliau dipanggil polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh berikutan laporan dibuat NGO berkenaan.

“Kami tidak akan sekali-kali tunduk terhadap halangan yang cuba dicetuskan pihak-pihak tertentu melemparkan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap perjuangan R.

“Malah kami akan memastikan setiap rumah rakyat Kelantan memiliki salinan plak tersebut sebagai symbol perjuangan mereka sehingga tuntutan kita menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya NGO R sebuah pertubuhan berdaftar secara sah dan memiliki sijil yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan.

Mini Billboard (R) Sempena PRU-13.

April 22nd, 2013 by admin

MINI BILLBOARD R, sempena kempen PRU13.

Kami bertungkus-lumus untuk menyiapkan Billboard ROYALTI untuk diletakkan di lokasi-lokasi strategik sekitar Negeri Kelantan

Model 1: “Haram Jatuhkan Kerajaan Islam”

Model 2 : “Undi Utk ROYALTI, Jika Tolak Penderhaka Sultan”

Model 3: “Undi Utk ROYALTI, Kekal Kelantan Utk ISLAM”

Model 4: “Haram jika Jatuhkan Kerajaan ISLAM”
Kami sasarkan 1,000 mini billboard seluruh Kelantan. INFAQ & SUMBANGAN amat-amat diperlukan demi perjuangan Royalti Kelantan. Jika berminat untuk menyumbang seberapa ikhlas Hubungi  Kak Pujaa – 0145295337

JIKA berminat untuk BELI dan pasang di sekitar kampung anda, Harga RM250 sekeping.  Penghantaran, minimum 4 keping, kos pengangkutan RM100 (ikut kesesuaian tempat).
Siapa2 yg nak infaq@beli utk dinaikan di kediaman/kg/dun/parlimen dsbnya boleh call Kak Pujaa – 0145295337.

 

TERIMA KASIH

**Sila maklumkan maklumat ini kepada kenalan anda yang berminat utk menyumbang.

“UNDI UNTUK ROYALTI & PENDARATAN PETROLEUM”

318855_556202211091215_1192015167_n 532776_556212874423482_1708954502_n 528406_556218344422935_546478158_n 644702_556218577756245_1416044095_n 378613_556218927756210_1155018256_n papan tanda

Download Poster Fakta ROYALTI Kelantan.

April 18th, 2013 by admin

Asas Tuntutan ROYALTI & Hak Pendaratan Petroleum dimuatkan ke dalam satu poster, inilah asas maruah & hak rakyat Kelantan yang wajib untuk kita semua perjuangkan.

Poster ini merupakan iklan di Sinar Harian, Sila sebarkan ke segenap ruang yang ada, Gunakan kuasa UNDI anda di Pilihanraya Umum ke 13 untuk mendapatkan hak ROYALTI & Pendaratan Petroleum ke Kelantan.

Minta semua sahabat sebarkan kepada semua kenalan, keluarga, waris-warah, tua muda! Selemah-lemah perjuangan menuntut ROYALTI adalah dengan meng”share” fakta ini di Facebook masing-masing.

“UNDI UNTUK ROYALTI & PENDARATAN GAS”

**Untuk Download Poster format .jpg : klik disini

**Untuk Download Poster format PDF: klik disini

FAKTA ROYALTI

 

 

 

 

547729_555296794515090_1470514958_n

 

 

560171_555275001183936_2076357076_n

 

 

552877_555284797849623_1085175362_n

 

 

tungakan

 

Persengketaan Royalti Minyak Malaysia

April 18th, 2013 by admin

Oleh: Anas Alam Faizli

Salah satu isu yang pasti bakal timbul dalam kempen pilihanraya umum ke-13 ialah isu royalty minyak. Kedua-dua parti Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat telah pun mengetengahkan hujah masing-masing berkenaan isu ini. Artikel ini akan cuba memberi sedikit pencerahan terhadap isu tersebut.

Ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 31 Januari 1948 di antara wakil-wakil pemerintah Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, mungkin tiada siapa yang dapat mengagak perjanjian terbabit akan menjadi salah satu punca tercetusnya konflik royalti minyak pada tahun-tahun kemudiannya. Terdapat satu komponen yang memberi impak penting dalam perjanjian terbabit, yakni bidang kuasa negeri ditetapkan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri. Mana-mana tanah yang diliputi air, melebihi 3 batu nautika dari pesisiran pantai, diletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Seksyen 4 Ordinan Darurat 1969 turut mendefinisikan kawasan jajahan negeri sebagai hanya tiga batu nautika dari pesisiran pantai, tertakluk kepada beberapa pengecualian termasuklah negeri-negeri baru Sabah dan Sarawak.

Hal inilah yang kini menjadi hujah pembelaan kerajaan pusat membidas tuntutan royalti minyak oleh sebahagian kerajaan-kerajaan negeri. Mana-mana penemuan minyak di kawasan-kawasan melebihi sempadan negeri (tiga batu nautika dari pesisiran pantai) terletak di bawah hak milik kerajaan pusat, lantas tidak melayakkan tuntutan royalti daripada kerajaan negeri.

Dengan hanya hakikat ini, mungkin wajar kita menyimpulkan bahawa tuntutan royalty gas daripada kerajaan negeri Kelantan itu tidak wajar dilunaskan, malah termasuk juga bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Pahang. Namun, isu ini tidak berakhir sebegitu mudah di sini.

Akta Pembangunan Petroleum 1974

Pada tahun 1973, dunia telah menyaksikan Krisis Minyak yang berpunca daripada sekatan bekalan minyak selama enam bulan oleh negara-negara Arab sebagai ahli Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC). Harga minyak mentah meningkat empat kali ganda dalam jangka masa satu malam, dan menjejaskan kelangsungan operasi banyak industri. Kebanyakan negara membangun yang mengeluarkan minyak, termasuklah Malaysia, ketika itu mula menyedari kepentingan mempunyai kuasa mengawal dan menyelia pengendalian sumber minyak negara dari sudut ekonomi dan strategik.

Tindak balas Malaysia berupa penubuhan Petroliam Nasional Berhad, ataupun Petronas, pada 17hb Ogos 1974. Jaguh tempatan gergasi dunia itu berkembang pesat sehinggakan kebergantungan Malaysia kepadanya kian meningkat; secara puratanya 40% belanjawan kerajaan pusat merupakan sumbangan Petronas. Hasil minyak dan gaslah yang telah membiayai pembinaan Menara Berkembar Petronas bernilai RM6 billion itu, beserta pembandaran Putrajaya yang bernilai RM22 billion. Malah, keuntungan besar Petronas hasil peningkatan harga minyak mentah pada dekad lepas merupakan satu-satunya cara kita mampu menampung peningkatan perbelanjaan operasi kerajaan yang melambung meningkat sebanyak RM135 bilion pada tahun 2012 berbanding 2000.

Penubuhan Petronas sebenarnya membuka ruang kepada satu lagi peristiwa penting dalam sejarah industri petroleum Malaysia, iaitu pengenalan Akta Pembangunan Minyak 1974 (PDA). PDA menjadi ‘antagonis’ kepada Perlembagaan Persekutuan dalam tuntutan royalti minyak, yang digunakan oleh penyokong-penyokong pembayaran royalti kepada negeri berkenaan penerokaan minyak yang melibatkan kawasan melebihi tiga batu nautika dari pesisiran pantai. Dalam Seksyen 2 PDA 1974, Petronas diberikan mandat “pemilikan penuh ke atas petroleum yang terdapat di darat dan pesisir pantai Malaysia”, termasuklah hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan dalam meneroka, memanipulasi, memenangi dan memperolehi kawasan-kawasan ini. Di sini, istilah am ‘kawasan pesisiran pantai Malaysia’ menjadi punca pergelutan utama, kerana PDA tidak mengandungi sebarang perincian sejauh manakah ukuran “pesisiran pantai” sesebuah negeri yang dimaksudkan, mahupun sebarang rujukan kepada istilah ‘tiga batu nautika’ dalam perlembangan persekutuan.

Walaubagaimanapun, PDA merupakan kayu ukur penting dalam membuktikan kuasa kawalan dan kedaulatan Malaysia sebuah negara merdeka. PDA telah menyeragamkan semua perjanjian berasingan yang dibuat di antara peneroka minyak asing dan kerajaan-kerajaan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan sumber hidrokarbon di Malaysia. PDA menerbitkan tiga kesan utama; pertama, semua penemuan diletak di bawah jagaan Petronas; kedua, perjanjian konsesi yang asal digantikan dengan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), di mana pihak kerajaan melalui Petronas menanggung perbelanjaan penerokaan, dan; ketiga, royalti sebanyak lima peratus yang ketika itu telahpun dibayar kepada kerajaan negeri kemudiannya harus ditambah lima peratus untuk dibayar kepada kerajaan pusat. Kerajaan-kerajaan negeri sebelum PDA ada menerima bayaran di bawah perjanjian konsensi terdahulu, tetapi sejauh mana jumlah bayaran yang dikuatkuasakan tidak dapat dikenalpasti.

Bersama PDA 1974 ialah 13 perjanjian lagi yang dikenali sebagai Assignments Deeds dan Vesting Grants. Kedua-duanya ditandatangani secara berasingan di antara 13 kerajaan negeri dan kerajaan pusat sekitar tahun 1975 dan 1976. Kesemuanya memberikan hak kepada Petronas untuk ‘petroleum yang berada di darat atau pesisir pantai Malaysia’, dengan pulangan wang tunai secara tahunan bersamaan dengan nilai 5% petroleum yang dikeluarkan. Sekali lagi, tiada kayu ukuran yang diperincikan bersama definisi istilah ‘pesisiran pantai’. Maka perjanjian-perjanjian ini hanya menyemarakkan lagi kontroversi ini.

Sarawak dan Sabah

Selama 40 tahun sehingga 2010, Sabah menerima royalti minyak berjumlah kira-kira RM7.2 bilion.

Sarawak pula dianggarkan menerima kira-kira RM600 juta setiap tahun. Malah, niat utama di sebalik penggubalan PDA 1974 adalah untuk memastikan penguasaan pusat ke atas hasil minyak Sabah dan Sarawak, lebih daripada usaha menangani krisis-krisis seperti Krisis Minyak 1973.

Ketika itu, industri petroleum di Borneo sudah hampir kepada ulangtahun satu abadnya, dengan Shell dan Esso yang masing-masing giat menghasilkan minyak dari Sarawak (80,000b sehari) dan dari Sabah (5,000b sehari). Masalahnya, operasi-operasi terbabit tertakluk di bawah perjanjian konsensi legasi zaman British dengan kerajaan negeri, yang sifatnya berat sebelah kepada syarikat-syarikat pengeluar. Tidak mengejutkan bawa operator-operator minyak ketika itu tidak begitu terbuka dengan syarat baru yang dikenakan; iaitu untuk memberikan royalti minyak kepada sebuah kerajaan persekutuan baru pula.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas yang pertama, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dikenali di kalangan rakyat Malaysia dengan gelaran Ku Li, mengendong tanggungjawab sukar menyakinkan Sabah dan Sarawak supaya bersetuju dengan PDA. Tugasnya nampak mustahil memandangkan situasi asal yang sangat rumit. Pertama, perjanjian-perjanjian asal yang telah termaktub di antara syarikat pengeluar minyak dengan kerajaan negeri yang perlu dihormati.

Kedua, Malaysia ialah sebuah negara yang terbentuk melalui persekutuan secara sukarela negeri- negeri yang pada asalnya mempunyai hak kedaulatan tersendiri, yang menyebabkan masalah dalam rundingan. Proses rundingan ini berlangsung selama dua tahun, sehinggakan mencapai satu tahap di mana Ku Li dikhabarkan ditahan oleh imigresen Sabah di lapangan terbang!

Kini, walaupun Petronas dan para kontraktornya beroperasi mengeluarkan minyak dan gas di kawasan-kawasan melebihi tiga batu nautika daripada pesisiran pantai Sabah dan Sarawak, kedua- dua negeri masih menerima royalti seperti yang dijanjikan dalam perlembagaan. Tambahan daripada itu, kedua-dua negeri ini juga, tidak seperti negara-negara lain, dijamin oleh perlembagaan untuk menerima duti eksport ‘minyak mineral’. Petroleum termasuk dalam kategori ‘minyak mineral’ tersebut. Royalti dan duti eksport ini berjumlah 10 peratus.

Terengganu

Petroleum telah pertama ditemui di pesisiran pantai Terengganu pada tahun 1973. Sejak itu, Terengganu telah menerima royalti berjumlah RM7.13 bilion menerusi PDA. Negeri pantai timur tersebut bukan sahaja menikmati pertumbuhan yang pesat hasil daripada royalti minyak dan peruntukan kerajaan pusat, malah juga telah menikmati manfaat daripada pembentukan Bandar berasaskan industri petroleum. Rantau Petronas di Kerteh ialah salah satu pusat industri petroleum termaju dengan hub ekonominya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, pembayaran royalti telah dihentikan pada tahun 2000 ketika PAS memegang tampuk kuasa kerajaan negeri. Di bawah klausa pembayaran atas dasar budi bicara di bawah perlembagaan, sebahagian kecil daripada jumlah sebenar wang royalti yang dikenali sebagai Wang Ehsan telah dibayar melalui agensi kerajaan. Royalti hanya disambung kembali pada tahun 2009 apabila Terengganu kembali dipegang oleh kerajaan Barisan, walaupun pengeluaran petroleum dilakukan dikawasan melebihi tiga batu nautika daripada pesisir pantai. Hal ini cukup mengelirukan; wajarkah Terengganu menerima royalti atas pengeluaran minyak melebihi tiga batu nautika dari pesisiran pantainya? Jika ya, mengapakah bayaran royalti tersebut serta merta terhenti sebaik sahaja parti pembangkang yang dilantik sebagai kerajaan negeri?

Kelantan

Petroleum hanya dijumpai di luar pesisir pantai Kelantan pada tahun 90-an ketika Kelantan sudah pun berada di bawah pimpinan PAS. PDA dan Vesting Grant serta Assignment Deed tidak pernah dipersoalkan sebelum itu. Kebetulan pula, penemuan-penemuan gas di pesisiran pantai Kelantan terletak 150km (81 batu nautika) dari Kota Bharu, dan dalam kawasan bebas-ekonomi, yang mana kerajaan pusat telah mempunya perjanjian pembangunan dengan Thailand dan Vietnam.

Bagi pengeluaran minyak dan gas dari kawasan ini, yang dikenali dengan nama blok PM2, PM301, Perjanjian Perkongsian Pembangunan Malaysia-Thailand (MTJDA) dan PM3 CAA Malaysia-Vietnam, kerajaan pusat telah menerima bahagian royaltinya sebanyak 5 peratus, berjumlah RM4.59 bilion. Secara teorinya, jumlah yang sama juga wajar diterima oleh Kelantan (juga lima peratus peruntukan royalti). Malangnya, tidak sesen pun yang diterima oleh negeri terbabit.

Lebih teruk lagi, Kelantan tidak langsung merasai limpahan manfaat daripada pembangunan ekonomi dalam bentuk aktiviti, tapak pengeluaran, pemprosesan dan pengangkutan hasil gas dan minyak. Hasil gas dari pesisiran pantai Kelantan semuanya dikeluarkan melalui MTJDA dan terus disalurkan ke Thailand tanpa melalui Kelantan. walaupun proses ini secara ekonomiknya lebih wajar dilakukan di Kelantan.

Kerajaan pusat mempertahankan haknya untuk tidak membayar royalti kepada Kelantan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyifatkan kawasan penemuan minyak bukan milik jajahan Kelantan. Sebaliknya, Kelantan mengemukakan tuntutannya terhadap royalty berdasarkan PDA, Assignments Deeds dan Vesting Grants yang menggunakan terma ‘darat dan luar pesisir pantai’ untuk kes petroleum berbanding dengan definisi tiga batu nautika yang terdapat dalam perlembagaan. Pakar-pakar perlembagaan telah menjelaskan bahawa perlembagaan mengatasi semua undang-undang lain, kerana statusnya sebagai satu undang-undang paling agung sebuah negara.

Pada Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Petronas di atas kegagalan syarikat terbabit membayar royalti kepada kerajaan negeri. Kerajaan Pusat bertindak balas dengan membentuk panel khas penyiasatan yang masih belum mengeluarkan keputusannya.

Nilai Seharusnya Mengatasi Isu Teknikal

Sampai tahap ini, kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa persengketaan ini menjadi rumit kerana melibatkan interpretasi undang-undang. Realitinya, Kelantan dan Terengganu dinafikan hak royalti sewaktu diperintah PAS; hal ini cukup jelas sekali. Maka, cukup sukar untuk kita tidak melihat isu ini sebagai isu yang dipolitikkan. Sebagai orang awam yang menyaksikan krisis berpanjangan ini, tentunya beberapa persoalan timbul dalam benak fikiran.

Pertama, komponen tiga batu nautika dalam Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan sempadan maritim negeri, tetapi bagaimana dengan hak pemilikan asset yang merujuk kepada petroleum?

Pastinya apabila dokumen perjanjian ini diangkat menjadi undang-undang dan ditandatangani, niatnya adalah untuk mengasingkan isu petroleum dan gas sebagai isu yang penting dan berasingan dari hak-hak berkenaan kawasan jajahan yang lain. Maka, bolehkah minyak dan gas dilihat dalam ruang lingkup yang sama dengan isu sempadan perairan lain yang termaktub dalam perlembagaan?

Sekiranya menandatangani dokumen ini dahulunya bermaksud untuk memindahkan kuasa dan kedaulatan sesebuah negeri ke atas hak milik minyak asal mereka kepada Petronas, bukankah penafian royalti kini merupakan kemungkiran janji yang sewenang-wenang?

Kedua, mengapakah aplikasi kriteria ‘tiga batu nautika’ tidak selaras kepada semua negeri di semenanjung Malaysia? Pakar undang-undang mendakwa bahawa Assignment Deed 1975 melanggar perlembagaan dan mengandungi kesilapan besar, kerana ia gagal untuk memperincikan bahawa Kelantan hanya berhak memberikan kawasan kepada Petronas yang dibawah jajahannya.

Sekalipun begitu, kenapa hal ini tidak berlaku kepada Terengganu, dan sekarang, Pahang yang dijanjikan royalti sebanyak lima peratus daripada kawasan Bertam PM307 yang baru ditemui walaupun jaraknya ialah 160km (86.3 batu nautika) daripada pesisir pantai Kuantan? Terengganu dan Pahang juga sepatutnya tidak mempunyai hak ke atas penerokaan kawasan yang mengeluarkan hasil minyak yang melepasi sempadan negeri. Hal ini jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang menggariskan kesama rataan hak tanpa diskriminasi.

Ketiga, apakah niat asal kepada janji memberi bayaran tunai kepada kerajaan negeri? Sekiranya janji-janji terbabit dimeteraikan untuk memujuk negeri yang asalnya berdaulat untuk berkongsi hasil bumi mereka dengan seluruh negara, adilkah kerajaan pusat kini untuk menafikan janji yang dibuat sebelum perjanjian ditandatangani? Sudahlah kerajaan negeri hanya diperuntukkan 8.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan pusat.

Tuntasnya, dapat kita simpulkan di sini bahawa terdapat dua pihak yang bertentangan dan menggunakan dua dokumen asing untuk menyokong dakwaan masing-masing; PDA dan Perlembagaan Persekutuan. Apapun, realitinya kita menyaksikan bahawa keempat-empat negeri pengeluar minyak ini merupakan antara negeri termiskin di Malaysia. Kelantan mempunyai isi rumah berpendapatan paling rendah sebanyak RM2,536, di bawah tahap purata kebangsaan iaitu RM4,025, manakala Sabah mempunyai kadar kemiskinan 19.2%, jauh lebih tinggi daripada tahap kebangsaan sebanyak 3.8%.

Pernahkah kita terfikir, sudikah negeri-negeri di bawah persekutuan menandatangani PDA 1974 dan perjanjian berikutnya berkaitan petroleum, jika mereka tidak diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat bahawa mereka akan menerima manfaat daripada penerokaan hasil bumi mereka?

Seperti kata Plato, “Kita menolak undang-undang dari diwartakan sebagai undang-undang yang benar dan adil, kecuali jika ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua rakyat.”

** Versi Bahasa Inggeris artikel ini telah diterbitkan dalam The Edge pada 6 April 2013.

* Anas Alam Faizli adalah seorang professional minyak dan gas. Beliau mempunyai ijazah sarjana pengurusan projek dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta berTwitter di @aafaizli

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Malaysian Insider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...