Archive for the ‘Kenyataan Media’ Category

Kenyataan Media: Penolakan Mahkamah Terhadap Rayuan Kelantan

July 4th, 2014 by Truckster Inc

Kenyataan media ROYALTI berkenaan penolakan mahkamah terhadap rayuan Kelantan.

1. Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ramly Ali telah menolak rayuan Kelantan bagi mendapatkan satu perbicaraan penuh. Melibatkan saksi-saksi masih hidup, dengan dokumen pengeluaran petroliam dari Petronas dan sebagainya. Dengan perbicaraan secara penuh ini, bukan sahaja perbicaraan menjadi lebih adil, malahan rakyat mampu menilainya.

2. Pada 3 Oktober 2012, Mahkamah Persekutuan dengan panel yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Raus Sharif membenarkan permohonan rayuan Kelantan bagi mendapatkan satu perbicaraan penuh dan permohonan untuk mendapatkan maklumat/dokumen pengeluaran dan lain-lain dari Petronas.

Pada pandangan kami selaku rakyat Kelantan, perbicaraan ‘tertutup’ tanpa dibekalkan dokumen dari Petronas, tanpa dibenarkan memanggil saksi-saksi adalah tidak adil kepada Kelantan. Bukan niat kami untuk membelakangi keputusan Mahkamah, tetapi sebagai rakyat yang mempunyai kepentingan secara langsung di dalam tuntutan ini, ianya suatu yang memberikan kesan yang besar kepada minda kami.

3. Pada 2 Julai 2014, seperti yang dijangka, permohonan rayuan Kelantan di peringkat Mahkamah Persekutuan telah ditolak dengan kos RM 150 000.

4. Tuntutan di mahkamah adalah urusan kerajaan negeri Kelantan. Pihak Royalti akan membantu semampu mungkin walau perbicaraan secara tertutup sangat prejudis buat kami.

Peranan pihak Royalti (R) pula, akan meneruskan segala usaha untuk menyedarkan rakyat melalui pelbagai program. Pihak kami akan tetap meningkatkan semangat untuk meneruskan perjuangan suci ini.

Kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk menuntut haknya ada suatu yang amat berharga buat kami.

5. Kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas bahawa Petronas melunaskan bayaran royalti negeri melalui pihak kerajaan adalah satu bentuk pecah amanah dan melanggar perjanjian.

Rujukan : www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121130/dn_03/Petronas-sudah-lunaskan-royalti

6. Pihak Royalti juga berazam akan terus mendesak Petronas. Kami sudah mengalihkan fokus dari kerajaan Persekutuan kepada batang tubuh Petronas sendiri. Kami akan mengajak lebih ramai rakyat bersama kami. Ini adalah kerana perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 jelas menunjukkan pihak-pihak yang terlibat hanyalah Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas sahaja.

Sehinggakan baru-baru in CEO Petronas mula bersuara mengenai campur tangan politik sempit dan perkauman dalam Petronas.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/minyak-dan-gas-bukan-milik-bumiputera-semata-mata-kata-ceo-petronas.

Malahan pada hari ini telah semakin ramai rakyat Kelantan dan negeri-negeri pengeluar minyak telahpun memboikot Petronas secara senyap. Ini telah terbukti melalui wujudnya FB, Page dan tulisan-tulisan dalam Internet yang jelas mengkritik tindakan zalim Petronas.

Menurut maklumat yang kami terima pihak Petronas telah mengalami penurunan jualan runcit produk-produknya terutama melalui stesen-stesen minyak di negeri Kelantan di kala produk-produk dari syarikat lain mencatatkan keuntungan yang amat memberangsangkan.

7. Pihak kami amat optimis dengan kejayaan perjuangan ini walaupun keputusan Mahkamah semalam nampaknya tidak menyebelahi Negeri Kelantan. Segala usaha perlu digerakkan di dalam mendapatkan hak melalui proses perundangan, peluang masih ada melalui Mahkamah Rayuan yang akan bersidang tidak lama lagi.

8. Seandainya masih gagal juga tuntutan melalui proses perundangan, ianya bukan suatu pengakhiran kepada perjuangan suci menuntut hak ini. Kami tidak mendapat sekarang yang pasti Allah yang maha adil pastinya akan menanugerahkannya keada kami di akhirat nanti dalam pahala dan lain.-lain. Yang pasti perjuangan ini wajib diteruskan. Kejayaan, kemenangan dan kekalahan bukan soalnya.

Kepada para pemimpin dan pihak-pihak yang terlibat dalam segala proses penafian hak ini, pastinya akan dibalas oleh Allah di dunia ini dengan pelbagai musibah dan di akhirat nanti neraka menanti anda semua.

9. Dalam rangka meneruskan perjuangan ini, pihak kami akan mengambil beberapa pendekatan baru antaranya adalah:-

I. Kami telah memulakan proses untuk mengkaji kemungkinan memfailkan “Saman Rakyat Kelantan” terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Saman ini akan dilakukan samada oleh beberapa individu atau kumpulan, dalam bentuk 1 saman atau beberapa saman. Perkara ini masih di adalah penelitian pihak kami dengan kerjasama beberapa orang pimpinan masyarakat dan pakar perundangan.

Ii. Pihak kami telah pun mencadangkan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan agar dianjurkan Munajat Rakyat Menuntut Royalti sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Doa kami rakyat yang dizalimi ini adalah tanpa hijab dan akan dimakbulkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Iii. Kami juga mencadangkan agar dianjurkan Himpunan Rakyat Kelantan secara besar-besaran sempena pulangnya anak-anak Kelantan di perantauan pada Syawal nanti.

10. Terima kasih kepada parti-parti politik yang terus bersama kami. Terima kasih kepada aktivis yang mengerah keringat peluh dan darah demi perjuangan ini. Terima kasih kepada rakyat yang menyokong tanpa jemu. Terima kasih terbesar kepada Allah yang mencampakkan istiqamah dan ketabahan dalam hati kami.

Kami akan terus berjuang. Mati dulu atau berjaya dulu itu adalah hak Allah. Hak kita semua ialah jauhi dari menjadi bangsa yang dayus terhadap kedaulatan maruah anak cucu sendiri.

Nazeri Deraman
Presiden R
Pertubuhan R Kelantan
3 Julai 2014

Kenyataan Media: Respon Kerajaan Negeri Tidak Membawa Usul 20% Royalti Di Sidang DUN

June 26th, 2014 by Truckster Inc

Pertubuhan R Kelantan atau lebih dikenali sebagai Royalti telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Ketua Pembangkang DUN Kelantan untuk mencadangkan agar dibawa usul tuntutan royalti 20% pada Sidang DUN yang bersidang pada 24-25 Jun 2014. Pihak kami juga turut menghantar surat cadangan usul tersebut sebagai susulan. Pihak kami difahamkan [...]

PAC Perlu Menyiasat Kewangan PETRONAS.

June 10th, 2014 by Truckster Inc

Siasat Kewangan PETRONAS

NGO Royalti (R) telah menyerahkan surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Parlimen Malaysia bagi memohon pihak PAC melakukan siasatan ke atas kewangan Petronas.

Permohonan ini dibuat berikutan kegagalan pihak Petronas membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Perjanjian Royalti yang telah ditandatangani oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1974. Bayaran royalti ini juga termaktub di dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974.

Permohonan ini juga dibuat berikutan pengakuan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas pada 29 November 2012 bahawa pihak Petronas telah pun menjelaskan bayaran royalti petrolium sebanyak 5% kepada Negeri-negeri pengeluar petroliam melalui Kerajaan Persekutuan.

Namun begitu, sebagaimana umum mengetahui bahawa pembayaran royalti tersebut tidak pernah diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini. Siasatan ini diharapkan akan berupaya merungkai persoalan ini sebaik mungkin kerana keupayaan dan integriti PAC yang amat tinggi dapat memberikan segala jawapan kepada persoalan rakyat dalam isu ini.

Pihak R memohon PAC melakukan siasatan terhadap Akaun/Kewangan Petronas secara menyeluruh yang turut melibatkan jumlah pengeluaran petroliam dari perairan Kelantan dan anggaran jumlah bayaran royalti yang wajib dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Hasil siasatan itu perlu dibentangkan kepada umum sebagaimana kejayaan tindakan yang telah diambil oleh PAC dalam pelbagai siasatannya sebelum ini.

Surat tersebut diserahkan melalui YB Datuk Kamarudin Jaafar yang merupakan Ahli PAC. Penyerahan surat dan sidang media dibuat di Lobi Parlimen pada jam 11.45 pagi yang turut dihadiri oleh YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (Ahli Parlimen Kubang Kerian), YB Dato’ Raja Kamarul Bahrain Shah Bin Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) dan YB Michael Jaya kumar Devaraj (Ahli Parlimen Sg. Siput).

Di dalam sidang media tersebut YB Dato’ Kamarudin Jaafar menyatakan bahawa PAC mempunyai hak dan kuasa untuk melakukan penyiasatan tersebut ke atas Petronas.

Jemputan Kepada PETRONAS Untuk Dialog Terbuka.

Selain daripada itu juga, pihak R telah mengadakan pertemuan dengan pihak Petronas bagi menyerahkan surat jemputan rasmi bagi mengadakan Dialog terbuka di antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas bersama pimpinan R / pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Surat itu telah diterima oleh En Muhammad Yusri Anwar selaku Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas.

Dialog itu dijadualkan pada 21 Jun 2014 bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Melalui Dialog terbuka, adalah diharapkan agar rakyat Negeri Kelantan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang isu penafian pembayaran royalti minyak oleh pihak Petronas.

Penyertaan pihak Presiden yang juga CEO Petronas amat penting bagi merungkai segala tanggapan rakyat terhadap Petronas di dalam isu tuntutan royalti petroleum Kelantan.

Pihak Petronas menyambut baik kunjungan pimpinan R dari Kelantan dan akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.

Sekian. Terima kasih.

 

IMG-20140610-WA0003

IMG-20140610-WA0015

IMG-20140610-WA0004

IMG-20140610-WA0011

 

Serahan Surat Membawa Usul Tuntutan Royalti 20%.

June 5th, 2014 by Truckster Inc

Pertubuhan R Kelantan atau turut dikenali sebagai Royalti kini telahpun menyerahkan surat kepada beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebagai usaha untuk meminta mana-mana ADUN membawa Usul Tuntutan Royalti 20% ke persidangan DUN yang akan datang.

Pihak R telahpun menyerahkan surat kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan.

Pihak R juga telah menyerahkan surat yang sama kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 Mei 2014.

Pihak kami juga telah menyerahkan surat kepada YB Dato’ Husam Musa selaku orang mempunyai banyak maklumat dan menguasai palbagai isu yang berkaitan dengan perjuangan menuntut royalti kerana beliau adalah Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan.

Surat kepada YB Dato’ Husam Musa telah diserahkan pada 30 Mei 2014 di rumah beliau. Semasa kunjungan aktivis R ke rumah Yb Dato Husam tersebut banyak perkara dibincangkan terutama sekali cadangan menubuhkan Perbadanan Mineral Kelantan yang berperanan sebagai pihak / Agensi yang menguruskan perihal industri mineral Kelantan termasuk petroleum.

YB Dato Husam juga mencadangkan agar pihak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Majlis Petroleum Nasional sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Majlis ini juga merupakan antara intipati terpenting di dalam rundingan pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan- kerajaan Negeri semasa proses menandatangani perjanjian untuk menyerahkan hak pembangunan industri petroleum kepada pihak Petronas. Perjanjian tersebut telah berjaya ditandatangani oleh kesemua negeri pada tahun 1975 & 1976.

Pihak R juga telah mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Norzula bin Mat Diah selaku Ketua Pembangkang DUN Kelantan pada 2 Jun 2014.

Semasa perbincangan selama lebih 2 jam tersebut pihak YB Datuk Norzula telah menyatakan sokongannya kepada perjuangan menuntut royalti kerana ianya adalah demi kepentingan rakyat Kelantan.

Berkenaan Usul Tuntutan Royalti 20% pula, pihak YB Datuk Norzula akan menyokongnya sekiranya usul tersebut dibentangkan.

YB Datuk Norzula menyifatkan bahawa perjuangan menuntut royalti ini telah mencapai peringkat akhir untuk berjaya dengan mengkiaskan ianya telah melampaui waktu asar. Perjuangan ini perlu ditingkatkan lagi agar ianya benar-benar berjaya.

Kebimbangan di kalangan pemimpin Umno/BN Kelantan adalah sekiranya wang dari bayaran royalti ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri, wang tersebut akan disalah gunakan. Tetapi semasa pertemuan tersebut pihak R telah berjaya menyampaikan beberapa alternatif antaranya cadangan pembayaran dibuat melalui Majlis Petroleum Nasional apabila ianya ditubuhkan kelak.

Wakil pimpinan masyarakat buleh dicadangkan untuk menganggotai Majlis tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat keseluruhan.

Bagi memastikan usul ini berjaya dibawa dan diluluskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan pada 24-25 Jun 2014 itu nanti, pihak R kemudiannya melakukan perbincangan dan menyerahkan surat cadangan Usul kepada YB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (YB Tok Guru) selaku bekas Menteri Besar Kelantan. Kunjungan telah dibuat pada 3 Jun 2014.

Semasa kunjungan tersebut YB Tok Guru telah menyampaikan amanat kepada aktiviti R supaya meningkatkan usaha untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan ini. Kelantan dizalimi kerana terbukti benar-benar layak sebagaimana negeri-negeri pengeluar Petroleum yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Yb Tok Guru menegaskan bahawa rakyat Kelantan akan menuntut hak mereka samada di dunia ataupun di akhirat. Mana-mana menteri atau pembesar yang menzalimi rakyat Kelantan akan disoal dan diseksa di akhirat kelak.

Pihak R yang mewakili suara rakyat Kelantan amat2 berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat (ADUN) dapat membawa usul tuntut royalti 20% sebagaimana yang telah diluluskan di persidangan DUN Sarawak pada 6 Mei 2014 yang lalu.

Kalau Sarawak yang tidak begitu terdesak dalam isu tuntutan Royalti ini berbanding Kelantan telahpun membawa usul ini, maka rakyat pastinya tertanya tanya bagaimana pula dengan Kelantan?

Kami sekalian rakyat yakin sekiranya usul ini dibawa ianya akan mendapat sokongan padu dari semua ADUN tanpa berbelah bagi seperti DUN Sarawak yg turut mendapat sokongan ADUN dari Pakatan Rakyat walaupun usul tersebut dibawa oleh ADUN Barisan Nasional.

Sesungguhnya perjuangan menuntut royalti ini melepasi batasan politik kepartian kerana ianya demi kepentingan rakyat yang melantik Ahli-ahli Yang Berhormat dan Kerajaan melalui proses Pilihanraya yang sah.

Perjuangan untuk meningkatkan bayaran royalti daripada 5% kepada 20% adalah menjadi keutamaan rakyat di negeri – negeri pengeluar Petroleum kerana semua telah sedia maklum bahawa negeri – negeri tersebut secara realitinya adalah antara negeri yang paling mundur, miskin dan ketinggalan dari pelbagai sudut di negara ini.

Dalam pada itu juga, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Sair Keruak turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar menyemak semula kadar bayaran royalti petroleum Sabah.

Sehubungan dengan itu, pihak R akan menghantar surat kepada semua ADUN termasuk kepada Kelab Penyokong Kerajaan DUN Kelantan (BBC) dan juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ADUN dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam masa terdekat bagi meminta mana-mana ADUN untuk membawa usul tersebut atau turut menyokong usul tersebut supaya mencapai persetujuan sebulat suara. Perkara ini amat penting bagi memberikan isyarat yang jelas kepada pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan bahawa seluruh rakyat Kelantan komited dan bersatu dalam tuntutan yang sama demi kepentingan rakyat Kelantan yang telah lama dizalimi dan dinafikan hak untuk mendapatkan bayaran Royalti.

Sekian, terima kasih.

Sirrul Ala Barokatillah.
TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT

HJ NAZRI DERAMAN
PRESIDEN R KELANTAN
4 Jun 2014

unnamed

unnamed2

Bawa Usul Tuntutan Royalti 20% ke Sidang DUN

May 31st, 2014 by Truckster Inc

Pertubuhan R Kelantan atau turut dikenali sebagai Royalti kini telahpun menyerahkan surat kepada beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebagai usaha untuk meminta mana-mana ADUN membawa Usul Tuntutan Royalti 20% ke persidangan DUN yang akan datang.

Pihak R telahpun menyerahkan surat kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob yang turut berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan.

Pihak R juga telah menyerahkan surat yang sama kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 Mei 2014.

Hasil daripada itu pihak kami dimaklumkan bahawa perkara ini telahpun dibawa ke beberapa mesyuarat di peringkat Perhubungan Pas Negeri Kelantan dan juga ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri (MMK).

Pihak kami juga telah menyerahkan surat kepada YB Dato’ Husam Musa (ADUN Salor) selaku pemimpin yang mempunyai banyak maklumat dan menguasai palbagai isu yang berkaitan dengan perjuangan menuntut royalti kerana beliau adalah Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Negeri Kelantan.

Surat kepada YB Dato’ Husam Musa telah diserahkan pada 30 Mei 2014 di rumah beliau. Semasa kunjungan aktivis R ke rumah Yb Dato’ Husam, pihak R telah menyatakan pandangan yang tegas dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan usul ini berjaya dibawa dan diluluskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan pada 24-25 Jun 2014 ini.

Rakyat Kelantan amat-amat berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat (ADUN) dapat membawa usul tuntut royalti 20% sebagaimana yang telah diluluskan di persidangan DUN Sarawak pada 6 Mei 2014 yang lalu.

Kalau Sarawak yang tidak terdesak dalam isu tuntutan Royalti ini berbanding Kelantan telahpun membawa usul ini, maka rakyat pastinya tertanya tanya bagaimana pula dengan Kelantan?

Kami sekalian rakyat yakin sekiranya usul ini dibawa ianya akan mendapat sokongan padu dari semua ADUN tanpa berbelah bagi seperti DUN Sarawak yg turut mendapat sokongan ADUN dari Pakatan Rakyat walaupun usul tersebut dibawa oleh ADUN Barisan Nasional.

Sesungguhnya perjuangan menuntut royalti ini melepasi batasan politik kepartian kerana ianya demi kepentingan rakyat yang melantik Ahli-ahli Yang Berhormat dan Kerajaan melalui proses Pilihanraya yang sah.

Perjuangan untuk meningkatkan bayaran royalti daripada 5% kepada 20% adalah menjadi keutamaan rakyat di negeri – negeri pengeluar Petroleum kerana semua telah sedia maklum bahawa negeri – negeri tersebut secara realitinya adalah antara negeri yang paling mundur, miskin dan ketinggalan dari pelbagai sudut di negara ini.

Dalam pada itu juga, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Sair Keruak turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar menyemak semula kadar bayaran royalti petroleum Sabah.

Kini rakyat Kelantan tertanya -tanya apakah pandangan dan tindakan pihak Kerajaan Negeri Kelantan di dalam isu ini?

Sehubungan dengan itu, pihak R akan menghantar surat kepada semua ADUN termasuk kepada Kelab Penyokong Kerajaan DUN Kelantan (BBC) dan juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu YB Datuk Norzula bin Mat Diah dalam masa terdekat bagi meminta mana-mana ADUN dari Umno/Barisan Nasional untuk turut sama membawa usul tersebut atau turut menyokong usul tersebut supaya mencapai persetujuan sebulat suara.

Perkara ini amat penting bagi memberikan isyarat yang jelas kepada pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan bahawa seluruh rakyat Kelantan komited dan bersatu dalam tuntutan yang sama demi kepentingan rakyat Kelantan yang telah lama dizalimi dan dinafikan hak untuk mendapatkan bayaran Royalti.

Pihak R bercadang untuk memberikan gelaran / anugerah kepada mana-mana ADUN yang membawa usul ini sebagai “Wira Royalti / Wira Rakyat Kelantan”, InsyaAlah.

Sekian, terima kasih.

Sirrul Ala Barokatillah.
TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT

HJ NAZRI DERAMAN
PRESIDEN R KELANTAN
30 Mei 2014

IMG-20140531-WA0002

Kenyataan Media: Kempen “Petronas Sila Bayar Royalti”

May 16th, 2014 by Truckster Inc

“PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI”

Pertubuhan R Kelantan atau lebih dikenali dengan nama ROYALTI telah melancarkan Kempen “PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI” pada 16 Mei 2014 bertempat di Medan Ilmu di Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Pelancaran secara ringkas telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Amar B Abdullah selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pelancaran kempen ini menunjukkan isyarat jelas bahawa perjuangan rakyat Kelantan telah memasuki fasa kedua untuk menuntut bayaran royalti daripada pihak Petronas.

Di dalam fasa pertama pihak NGO R telahpun berjaya menyampaikan maklumat melalui pelbagai program penerangan yang telah dianjurkan selama 2 tahun semenjak penubuhannya pada13 Mei 2012.

Syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini majoriti rakyat Kelantan dan negeri- negeri pengeluar Petroleum telah sedarpun dan faham akan haknya untuk mendapatkan bayaran Royalti sebagaimana perjanjian yang telah ditandatangani semenjak 39 tahun lepas. 

Perjuangan fasa kedua ini memberi maksud bahawa  rakyat Kelantan akan menggerakkan seluruh kekuatan yang ada untuk menuntut bayaran royalti ini dengan menumpukan perhatian kepada pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan secara langsung.

Pihak kami dan rakyat Kelantan tidak takut untuk menyatakan secara langsung nama Petronas di dalam kempen ini, memandangkan Petronas telah terbukti melanggar perjanjian yang telah ditandatangani pada 19 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri dan Petronas.

Melalui kempen ini pihak kami telah mengedarkan poster bersaiz A3 yang bertulis “PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI”. Pihak kami bercadang untuk mengedar sebanyak 50 000 kepingan poster tersebut dalam masa terdekat insya Allah.

Apa yang amat membanggakan kami adalah walaupun pelancaran hanya dibuat pada hari ini, ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama dari kalangan anak-anak muda.

Kebanyakan mereka telah menaik tutun foto – foto mereka ke Facebook dan lain – lain media Internet selain poster-poster tersebut turut ditampal di tempat yang strategik.

Kerjasama dan semangat anak-anak muda ini telah menyebabkan ianya tersebar ke seluruh dunia dalam masa yang singkat sahaja.

Melalui kempen ini pihak kami amat-amat berharap agar pihak Petronas dan pimpinan Kerajaan Persekutuan dapat memberikan perhatian serius dan segera kepada tuntutan kami ini.

Mengikut pengiraan yang pihak kami lakukan bersama beberapa pihak yang pakar dan mempunyai maklumat tentang pengeluaran petroleum ini, anggaran tuntutan royalti yang tertunggak yang wajib dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan adalah berjumlah RM12 Billion (sehingga 31 Disember 2012).

Jumlah tersebut adalah tidak termasuk pengeluaran dalam tempoh 1 tahun 2013 dan 5 bulan terakhir ini (Januari-Mei 2014) dan pengeluaran dari Telaga Damar yang baru sahaja mengeluarkan petroleum pada 31 Januari 2014 yang lalu.

Pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak Dewan Pemuda Pas Kelantan untuk bersama di dalam kempen ini. Pihak kami bercadang untuk memperluaskan jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak yang prihatin dengan perjuangan menuntut keadilan.

Saya juga menyeru seluruh rakyat Kelantan dan rakyat di negeri – negeri pengeluar Petroleum bersama-sama kami di dalam menuntut hak hasil bumi yang wajib dipulangkan kembali kepada anak negeri tersebut.

Sekian, terima kasih.
Sirrul Ala Barokatillah. Barokallahufiq.

NAZRI DERAMAN
Presiden R Kelantan
16 Mei 2014

Kenyataan Akhbar berkenaan Isu Tulisan “Royalti Hak Milik Kelate” di Ruangan Tandatangan #prayforMH370.

March 25th, 2014 by Truckster Inc

Kenyataan Akhbar berkenaan Isu Tulisan “Royalti Hak Milik Kelate” di Ruangan Tandatangan #prayforMH370.

Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas segala limpah rahmatnya maka isu Tuntutan Royalti ini kembali diperkatkan semula di dada-dada dan di media-media internet berikutan tercetusnya isu “Tulisan Royalti Hak Milik Kelate” di ruangan tandatangan #pray4MH370 yang di sediakan di sebuah Pusat Membeli Belah di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2014.

Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas liputan yang diberikan oleh akhbar Utusan Malaysia di dalam isu ini.

Ucapan terima kasih juga kepada peminat-peminat atau penyokong-penyokong R (Royalti) yang turut menghangatkan isu ini di pelbagai media internet, sedikit sebanyak ianya membantu mempromosikan perjuangan yang lebih besar iaitu perjuangan menentang kezaliman sebuah kerajaan terhadap rakyatnya sendiri di atas penafian bayaran Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 21 Mac 2014 kami seramai 109 orang rombongan dari Negeri Kelantan yang turut disertai oleh anak-anak Kelantan di perantauan dan wakil dari Pemuda Pas Pusat telah menghantar Memorandum Tuntutan Royalti Ke Atas Pengeluaran Petrolium dari Telaga Damar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Petronas di Ibu Pejabat Petronas, KLCC.

Memorandum ini diserahkan sebagai kesinambungan perjuangan besar lagi suci seluruh rakyat Kelantan untuk mendapatkan haknya. Tuntutan ini dikemukakan adalah berasarkan pengesahan bahawa Pelantar Damar adalah terletak di dalam perairan Kelantan yang hanya berjarak 109KM sahaja dari pantai Kelantan. Pengeluaran hasil petrolium ini baru sahaja bermula secara rasminya pada 31 Januari 2014 dan ianya tidak termasuk di dalam tuntutan di Mahkamah serta juga turut tidak termasuk di dalam rundingan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai sebelum ini kerana ianya merupakan pengeluaran baru dari perut bumi Kelantan.

Sehari selepas itu, rombongan bergerak ke salah satu Pusat Membeli Belah di Kuala Lumpur dalam kerangka mengedarkan risalah berkenaan Tuntutan Royalti dari Telaga Damar tersebut.

Apabila saya dan rombongan dari Pertubuhan R Kelantan (Royalti) tiba di lokasi billbord tandatangan #prayforMH307, sudah terdapat satu tulisan berkaitan tuntutan royalti pada billbord tersebut.

Ianya mungkin ditulis oleh rakyat Kelantan yang telah menyatakan sokongan terhadap MH370 dan pada masa yang sama turut menyatakan sokongan terhadap perjuangan menununtut Royalti. Saya menyangkal tuduhan yang mengatakan bahawa tulisan tersebut adalah dibuat oleh saya sendiri. Saya hanya bergambar pada billbord tersebut.

Sebenarnya tidak timbul soal tulisan tersebut tidak sensitif dengan isu yang hangat diperkatakan tentang MH370. Ini adalah kerana tulisan tersebut menggambarkan bahawa rakyat Kelantan turut menurunkan tandatangan sokongan kepada MH370 berserta tulisan sokongan @ hasrat hatibya tentang perjuangan menuntut Royalti tersebut.

Untuk makluman semua, pihak R (Royalti) turut sama menyatakan kebersamaan dengan seluruh rakyat Malaysia di dalam isu kehilangan MH370 tersebut dengan pelbagai usaha dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan.

Antaranya pihak kami telah mengeluarkan poster sokongan dan doa untuk sebaran internet yang menggalakkan seluruh rakyat memanjatkan doa kepada Allah untuk keselamatan MH370 tersebut.

Pihak kami juga telahpun menyediakan billbord untuk tandatangan sokongan dan mengadakan solat hajat sebagai sokongan kepada waris mangsa yang juga rakyat Kelantan.

Perkara ini telah menjadi isu apabila saya selaku Presiden R telah bergambar pada billbord tersebut dan memuat naik ke laman sosial milik saya sendiri dan aianya disebarkan oleh aktivis-aktivis R sebagai sokongan kepada MH370 tanpa sebarang niat yang sebaliknya. Malangnya ianya disalah ertikan dengan niat sebaliknya oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan perjuangan yang kami usahakan ini sebenarnya. Seterusnya mencetuska isu yang begitu hangat terutama sekali dalam media internet.

Kami, pihak NGO R (Royalti) akan meneruskan sokongan kepada MH370 tanpa meninggalkan perjuangan utama kami. Kami akan meneruskan rancangan kempen tandatangan sokongan dan solat hajat MH370 pada 25 Mac 2014, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad iv, Kota Bharu, sempena perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Johor bagi pendidikan isu kedaulatan maruah hasil bumi dan juga isu bencana kemanusian untuk warga peminat bola sepak tempatan.

Sekian, Terima Kasih. Sirruala Barkatillah. Barokallahufiq.

Hj Nazri Deraman
Presiden R Kelantan &
Presiden R Malaysia

Tarikh : 24 Mac 2014

Kenyataan Media: Pembatalan Penyerahan Memorandum & Maklumat Pengeluaran di Pelantar Damar.

March 3rd, 2014 by Truckster Inc

KENYATAAN MEDIA SEMPENA  PENYERAHAN MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI KE ATAS PENGELUARAN PETROLEUM DARI PELANTAR DAMAR Assalamualaikum wrm wrbh. & Salam Perjuangan. Pada 26 Februari 2014 pihak Pertubuhan R Kelantan (Royalti, No Pendaftaran PPM-018-03-26022013) telah mengadakan Mesyuarat dan membuat keputusan bagi menyerahkan Memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung Tuntutan Royalti ke atas pengeluaran Petroleum dari Pelantar Damar. [...]

Kenyataan Media: Isu terbaru tuntutan royalti & pengeluaran petroleum dari Medan Damar

February 23rd, 2014 by Truckster Inc

Saya baru sahaja dihubungi oleh YAB Menteri Besar Kelantan (pagi 22 Februari) & juga saya dihubungi oleh seorang pegawai Kerajaan yang mewakili MB (petang 21 Februari).

1. MB mengesahkan akan bahawa pengeluaran petroleum dari Pelantar Damar adalah tidak termasuk dalam Tuntutan sebelum ini. Sama ada di Mahkamah mahupun semasa rundingan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

2. MB memang maklum tentang perkara ini & akan meneliti kesemua maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

3. Saya memaklumkan kepada MB bahawa saya telah berhubung dg Pengerusi BBC DUN Kelantan untuk mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini.

4. Beberapa pimpinan lain seperti Ahli Parlimen & Pimpinan politik juga akan saya hubungi untuk membuat kenyataan bagi membentuk tekanan kpd pihak Petronas.

5. MB bersetuju utk melakukan tuntutan bersama R dlm hal ini kerana ini adalah hak kita semua.

6. MB juga bersetuju dengan cadangan pihak R untuk membawa isu tuntutan royalti ini ke peringkat antarabangsa bagi memberikan tekanan yang hebat kepada pihak Petronas & Kerajaan Persekutuan. Petronas pastinya akan cuba sedaya upaya untuk menjaga nama baiknya di persada antarabangsa kerana jaringan perniagaan nya memang amat besar.

7. Pegawai Kerajaan Negeri yg menghubungi saya tersebut menyatakan bahawa MB & Pihak Istana (wakil Kerajaan Negeri dlm Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai) selalu berbincang dlm hal ini .. kadang-kadang hampir sebulan sekali.

8. Pihak Kerajaan Negeri memang telah mengambil langkah yang sewajarnya dlm isu tuntutan royalti ini..termasuk pertemuan dg Perdana Menteri isu royalti turut disentuh dgn jelas & disusuli dg surat rasmi.

9. MB juga telah menyatakan persetujuan (semenjak 2 minggu lepas utk mengadakan meeting bersama R). Mesyuarat ini akan membincangkan secara menyeluruh tentangan perjuangan menuntut royalti termasuk perkembangan terkini & langkah-langkah selanjutnya.

10. Mb juga bersetuju merasmikan Program Strategic Planning R (dlm penentuan tarikh2 yg sesuai). Program ini adalah susulan drp program Brain Stomming R yang telah diadakan 2 bulan lepas di Langkawi.

Kita perlu menghormati strategi & kaedah yang diambil oleh pimpinan kita. Mungkin di atas sebab – sebab tertentu pihak pimpinan kerajaan negeri mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan kenyataan media dll sebelum ini.

Saya terpaksa mengeluarkan kenyataan ini berikutan akhir-akhir ini ada beberapa persoalan yg ditimbulkan oleh anak-anak muda Kelantan yg prihatin di dalam isu tuntutan royalti ini.

Saya kira ini adalah petanda positif yg menunjukkan bahawa anak2 muda kita memang bersemangat utk memperjuangkan hak meraka.

Barokallahufiq.

TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT
PERJUANGAN SUCI INI ADALAH TANGGUNG JAWAB SEMUA RAKYAT

PRESIDEN R
23 FEBRUARI 2014

Kenyataan Media: Status Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

January 19th, 2014 by Truckster Inc

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN R KELANTAN BERKENAAN STATUS JAWATANKUASA KHAS BAYARAN TUNAI.

Rakyat Kelantan melalui Pertubuhan R Kelantan (Royalti) memohon penjelasan YAB Perdana Menteri Malaysia (PM) berhubung dengan janji beliau menyelesaikan tuntutan royalti petroliam Kelantan melalui satu Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai yang diumumkan melalui akhbar-akhbar perdana pada 4 Ogos 2012.

Jawatankuasa khas yang telah dibentuk menjanjikan penyelesaian dalam tempoh 6 bulan selepas penubuhannya. Ini bermakna dari tarikh pengumuman itu, ianya sudah melewati tempoh setahun 5 bulan.

Memang benar, pendirian NGO R pada asalnya ialah menolak Jawatankuasa Khas ini. Pendirian kami adalah jelas iaitu Kerajaan Persekutuan / Petronas wajib membayar mengikut perjanjian yang telah ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Bagaimanapun, kami lahirkan desakan rakyat yang memohon penjelasan dari Perdana Menteri terhadap apa yang beliau janjikan sendiri.

NGO R merangka 3 tindakan susulan seandainya status Jawatan Kuasa Khas Bayaran Tunai tidak diumumkan.

1. Akan mengadakan satu gerakan rakyat negeri2 pengeluar minyak di Putrajaya & KLCC (Pejabat Petronas) secara besar-besaran.

2. Memohon pertemuan dengan wakil Kerajaan Negeri dalam Jawatankuasa tersebut iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

3. Memohon pertemuan dengan YAB Menteri Besar Kelantan.

 

” TUNTUT ROYALTI HAK RAKYAT”

NGO Royalti
19 Januari 2014

1549525_702933546418080_445258525_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...