Pendengaran Rayuan Kelantan (discovery) Royalti
March 24th, 2012 by TrucksterPendengaran rayuan Kelantan berkenaan Penzahiran Dokumen (Discovery) tuntutan Royalti Kelantan terhadap Petronas akan berjalan sebagaimana berikut:
Tarikh : 26 Mac 2012 / Isnin
Masa : 9 pagi
Tempat : Mahkamah Putrajaya
Semua Dijemput hadir, terima kasih.
Dengan Hormat,
Dato’ Husam Haji Musa
Kempen GEGAR Royalti di Final Piala FA
June 17th, 2011 by Truckster


Foto sekitar Acara GEGAR di Program “Munajat Anak Muda”
May 27th, 2011 by TrucksterHimpunan 100,000:Program Solat Hajat & Majlis Penerangan Royalti
February 16th, 2010 by TPUnmaskedMatlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.



“Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti,” tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya “wang ehsan” seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.
Debat Royalti ditangguh, kibar bendera Kelantan
February 13th, 2010 by TrucksterKOTA BHARU, 11 Feb: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) memaklumkan Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari ini di Kelantan Trade Centre (KTC) ditangguhkan. Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, selaku penganjur pihaknya tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
“Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat,” ujar mereka dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, kata mereka Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.
“Walaupun ditangguhkan, Gegar akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel,” ujar mereka.
Berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, Gegar juga merayu dan memohon seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac ini.
Ceramah Perdana Ku Li, Penerangan Isu Royalti
January 15th, 2010 by TrucksterCERAMAH PERDANA ROYALTI PETROLEUM
Khamis 28 Januari 2010
8.00 Malam
Moderator : Prof Madya Dr. Abu Hssan Abdullah (pensyarah Universiti Malaya)
Penceramah : YBM Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno dan bekas pengusuri Petronas)
Dijemput datang beramai-ramai, dengan memakai baju MERAH! Untuk menyuarakan solidariti!
SILA BAWA SEJADAH, Solat Maghrib & Isya akan diadakan serentak dengan majlis.
Royalti: Pidato khas 13 Disember ini
December 10th, 2009 by TrucksterSatu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu. Pidato rakyat bertajuk ‘Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa’ itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang. [...]
Ekspedisi ke Pelantar Cakerawala
December 9th, 2009 by TrucksterKebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan. Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! [...]











